Monday, April 30, 2012

SARAWAK CULTURAL VILLAGE 2012

'Baruk' Rumah Tradisional Kaum Bidayuh Setiap kawasan pasti mempunyai keunikannya tersendiri bagi menarik kedatangan pelancong ke tempat masing-masing. Begitu juga dengan Kampung Opar. Bagi mereka yang belum pernah melihat rumah 'Baruk' iaitu rumah tradisional kaum Bidayuh boleh berbuat demikian di kampung itu dan di mana-mana penempatan kaum tersebut. Rumah 'Baruk' yang ada di kampung ini telah dibina pada 1952. Rumah ini bertujuan untuk menyimpan tengkorak musuh yang ditawan oleh nenek moyang pada masa dahulu. Keluasan rumah ini ialah 25 kaki dan ketinggiannya 45 kaki dari paras tanah ke atas. Rumah ini unik kerana bentuknya bulat dan dindingnya condong sedikit keluar. Kalau dahulu, rumah itu dijadikan sebagai kubu ketika menghadapi kesusahan peperangan. Sebelum balai raya dibina, ia dijadikan sebagai pusat pertemuan penduduk kampung untuk membincangkan apa juga perkara berkaitan pembangunan kampung itu sendiri. Selepas itu, rumah 'Baruk' hanya dijadikan sebagai pusat untuk mengadakan rawatan perubatan secara tradisional seperti mengubat rasukan jembalang dan sebagainya. Petikan dari : Perpustakaan Desa Kampung Opar, 94000 Bau, Sarawak.

No comments:

Post a Comment